Assalammualaikum,

21 April 2018.

My Journey:Personal Review Hotel Merdeka Kluang.Johor


Kluang,daerah yang irda jejak pada 21 April lepas.Bertujuan untuk melawat seorang saudara yang tinggal di Kluang,kebetulan irda pula ada kerja di Minggu Amanah Saham Batu Pahat(MSAM).

Oleh sebab hotel di Batu Pahat kebanyakannya penuh ditambah pula keinginan untuk melawat saudara di pekan Kluang ,Hotel Merdeka yang berdekatan dengan Kluang Parade telah menjadi pilihan untuk kami menginap satu malam.Jarak Kluang ke Stadium Batu Pahat lebih kurang 1jam 5 minit.Oleh sebab tiada pilihan lain,kami menginap di Kluang sahaja.Sambil bekerja sambil melawat saudara.
 
Personal Review Hotel Merdeka Kluang.Johor
Bahagian pintu masuk


Personal Review Hotel Merdeka Kluang.Johor
bahagian Lobby


Hotel ini telah dibina pada tahun 1965.Walaupun dah lama,ia telah banyak diubah suai,untuk menjadikan hotel ini kelihatan lebih baru.Walaupun luaran seakan bangunan lama,dalamnya moden dan baru.Irda puas hati  stay di hotel ini.Merdeka hotel beroperasi dibawah Teras Living Sdn Bhd  iaitu subsidiary company of Teras Eco Sdn Bhd.www.teraseco.com.my.(Info yang terdapat di dalam bilik hotel)


Harga sewa untuk satu malam agak berpatutan ketika itu. Kalau kita kehilangan keycard,kena denda RM25 tau.Diorang akan minta plate No kereta kita dan pastikan tidak membawa binatang ternakan,senjata tajam mahupun buah durian  atau manggis ke dalam bilik hotel.

Dilarang berurus niaga di bilik hotel atau menerima servis dari orang luar dan jika anda ingin menerima tetamu,hendaklah memberitahu di front desk terlebih dahulu.Kalau ada orang nak buat delivery untuk kita juga hendaklah dihantar ke lobby sahaja.

Hotel ini tak salah irda ada  4 tingkat je dan ada 33 bilik(kalau tak silap lah),lif memang disediakan dan Hotel Merdeka  ni kategori hotel 3 star.Lif agak kelihatan lama,dan rasanya tak boleh sangat naik ramai-ramai.Lobby hotel cantik dan dibahagian tepi lobby juga breakfast disedikan.Dengan harga RM119.26 dah masuk GST untuk satu malam including breakfast,irda rasa cukup berbaloi lah.

Antara fasiliti yang ada:
  • Function hall
  • Bistro( 7pm-2am)
  •  Cafe
 Antara servis yang ada:
  • Free carpark
  • 24 hour security guard
  • 24 hour front desk
  • Free Wi-Fi in all rooms
  • Air conditioning
  • 24 hours cctv
  • Historical lift
  • Daily newspaper for all roos except standard room
  •  Connecting family room

Bilik deluxe twin yang irda tempah memang besar,walaupun saiz katil biasa je,ruang dalam bilik tu boleh dikira besar juga.Dalam tu memang dah disediakan telekung dan sejadah,paling penting arah kiblat.Ini dua perkara yang perlu dititiberatkan oleh pengurus hotel.Walaupun pengurus bukan muslim,mana-mana hotel pastikan selagi anda membina hotel di Malaysia,taraf 2, 3,4 atau 5 star,dua perkara ini harus ada dan sentiasa kelihatan bersih.Terima kasih Merdeka Hotel untuk kelengkapan yang disediakan.


My Journey:Personal Review Hotel Merdeka Kluang.Johor

Bilik air di Merdeka hotel ada shower untuk air panas dan sejuk,walaupun tiada bath tub,akak ok je dik.Lagipun akak bukan mat salleh dak "berkubang" lama-lama dalam bilik air tu.
 
My Journey:Personal Review Hotel Merdeka Kluang.Johor

Cuma pengurus Merdeka hotel perlu letakkan atas lantai bilik air alas kaki seperti pelapik getah yang boleh dilalui air.Keadaan lantai yang licin agak bahaya untuk kanak-kanak dan orang tua.Silap haribulan boleh tergelincir dan terjatuh. 

Lagi satu untuk set sabun mandi dan shampoo,yang ni macam pelik kenapa ada satu set je,sedangkan yang tempah deluxe twin mesti tahu lebih dari 2 orang yang akan stay maybe 2 adult 2 children.atau 2 adult 1 children.Jadi letaklah 2 set ke,satu botol sabun mandi dan shampoo yang kecil tu tidak mencukupi untuk guest melebihi sorang ,sekali mandi sahaja sudah habis..Set minuman air panas bagi irda langsung tak best,ada ke letak green tea ,adoii letak teh uncang  atau nescafe 3 in 1 tu pun ok,akak tak minum green tea dik,rasanya boleh dikira rakyat Malaysia yang minum teh gitu.Brand green tea tu pun macam tak berapa kenal.Alaa lupalah snap gambar.


My Journey:Personal Review Hotel Merdeka Kluang.Johor
Malam di Kluang bawa alya jalan di Kluang Parade dan ke rumah saudara.

Ada juga baca review bilik di Hotel Merdeka katanya agak bising sikit,boleh dengar suara orang luar.Ya betul tu,memang akan dengar orang di luar kalau lalu depan bilik kita..Tapi irda ok je,rasanya tak lah mengganggu sangat,bila time tidur orang semua tidur kot,takde pula orang yang nak karaoke malam-malam.Jadi yang ini irda boleh tolerate.No big problem for me.

Iron baju disediakan di bahagian luar.Letaknya di hujung corner bilik,untuk kegunaan semua bilik .Ok je,asalkan ada iron.

Bab breakfast pula,ada juga baca review,biasalah irda sebelum booking mesti akan check dan baca review guest yang pernah stay di hotel ini.Ada review yang complaint breakfast tak banyak pilihan makanan.

For me,memanglah tak banyak pilihan kalau dah bayarnye seratus lebih je untuk satu malam,berpadanan lah dengan apa yang ada dengan apa yang kita bayar.Masa irda turun breakfast ,ada juga satu pakcik makcik ni minum air je,then lepas tu irda nampak dia keluar beli breakfast tempat lain.Siap bawak balik berbungkus-bungkus makanan dan lalu depan kitaorang .Irda ok je,lain orang lain caranya,nak makan puas hati memanglah kena beli tempat lain.For me,irda rasa seleksi makanan yang tidak banyak pilihan sesuailah  dengan harga penginapan.Masih boleh diterima.

My Journey:Personal Review Hotel Merdeka Kluang.Johor
Di rumah tak suka makan roti wholemeal ni,di hotel suka pula alya ni.

So breakfast hari tu,irda makan nasi goreng(walaupun sejuk)agaknya bila entah dia masak,sebab irda turun breakfast dalam 7.45am macam tu,then amik jus orange,nak bakar roti(alamak,pembakar roti pula rosak)so redha je lah,makan sapu marjerin dan kaya ok je,alaa makan je lah kan.Lagipun tak sampai hati nak bising-bising dengan abang yang jaga disitu,sebab dia nampak baik dan peramah.Takkan i nak cakap,"bang,apsal pembakar roti ni rosak,kalau rosak tak payahlah tayang kat sini,atau i nak cakap,bang ni masak nasi goreng pukul berapa ni,sejuk je.ke bukan masak disini diangkut dari tenpat lain"adoii tak perlu kot...asalkan boleh makan dan kenyang sudah lah,nobody was perfect,maybe pembakar roti tu baru rosak ke,so fikir positif je..

Yang tak best ada pulak maggi goreng,yang ini i tak gemar sangat,sebab nya i selalu larang alya makan maggi for breakfast walaupun mamanya selalu curi-curi makan di rumah.hehe.dah hari tu terhidang indah,mahunya dia nak dilarang.Kalau dilarang mahu dia muncung panjang sedepa..so alya pun menikmati maggi dengan enaknya..amboi..

Ada beberapa ketul nugget dan sosej dan beberapa ketul kuih melayu jadi pilihan.Ada teh o juga.So kami pun makan je lah apa yang ada,alhamdulilah kenyang dan seimbang dengan apa yang kami bayar.
My Journey:Personal Review Hotel Merdeka Kluang.Johor

Cuma nak habaq mailah dengan pengurus Merdeka Hotel ,boleh tak jangan pakai lagi air macam ni dan botol-botol macam ini,orang sekarang dah tukar dengan air sejuk panas machine COWAY ke atau machine apa-apa yang  dengan servis sekali.Tak syokk lah nak minum yang dalam gelen atau botol lagi.Sekarang semua direct piping dan setiap dua bulan ada servis cuci dan tukar filter.
My Journey:Personal Review Hotel Merdeka Kluang.Johor
contoh machine coway ada sejuk panas dan suhu bilik.Kapasiti tank 11 liter

Jadi kalau ada pihak Hotel Merdeka nak tukar ke COWAY contohnya macam diatas,ni baru RM140 sebulan,siap servis dua bulan sekali.Terus jadi hak milik.Tak perlu sentiasa top up beli air berbotol-botol  lagi.boleh lah roger akak ya.:) :D

Bukan tujuan promosi product jualan sendiri tau,tapi memang patut dah tukar machine ni kepada machine tekan dan minum.Apalagi di hotel yang irda rasa agak moden juga.Lagi satu kedudukan air dekat dengan Lobby,ada machine canggih baru nampak class kan.Kalau boleh setiap tingkat  pun boleh bekalkan juga seperti machine ini.Jadi ,tak perlu lagi penggunakan cerek pemanas air dalam bilik.
 
My Journey:Personal Review Hotel Merdeka Kluang.Johor
Penapis udara coway untuk menapis habuk,bau dan mengembalikan kenyamanan bilik.

Lagi best kalau dalam setiap bilik ada pula penyedut udara Coway.Haa.. dahlah bilik cantik dan besar,terasa nyaman pulaa,pasti tetamu anda semakin selesa.

Jadi keseluruhan personal review tentang Hotel Merdeka ,irda puas hati dapat menginap disini untuk satu malam.InsyaALLAH kalau ada kelapangan untuk ke Kluang lagi,pasti akan cuba menginap di Hotel Merdeka lagi.Harganya  berbaloi dengan sebuah penginapan yang selesa .



Appreciate your time reading this entry.

2 Comments

Thank you,come again :)

  1. salam kak irda =)

    mura juga 100++ je utk satu mlm include bfast..
    tp mcm bnyk yg perlu diperbaiki je hotel tu..heeee
    kat lobby ade sediakan suggestion box x kak,bole suh dorang improve hotel..kan

    ReplyDelete
  2. besar hotel diaa.. suka tngok.. rasa selesa..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post